Tuesday, August 27, 2013

Aku pelupa


Aku rs sekarang ni banyak bende yang aku lupa. Kadang2 bende tu baru je terjadi pon aku boleh lupa. Aku tau memori aku x bagus sangat sebab tu masa belajar dulu aku x suka mende2 yang kne hafal.

Tapi aku perasan memori aku semakin teruk. Huhu...

Hipotesis aku--> mungkin keadaan sekarang yang memaksa aku utk melupakan sesuatu perkara menyebabkan bukan perkara2 tersebut aku padam. Perkara2 lain yg tersimpan kat memori pon terpadam sekali sikit2.

Adei..macam mana ni. Aku kne pilih memori yang aku kne lupakan untuk teruskan hidup aku. Tp aku x boleh pastikan memori lain takkan terpadam sekali.

Ya Allah..janganlah hambamu ini jadi seorang yang pelupa.

Sunday, August 11, 2013

Kita di mana


Bila baca sejarah2 islam. Tokoh2 islam betapa aku rasa diri ni kerdil sangat. X tau mana kedudukan aku. Bila tengok remaja2 kat kota metropolitan ni. Lagi rs pilu. Siapakah yang mereka contohi?
Mohon selalu dilindungi dan sentiasa di tunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Kembali kepada sejarah tokoh islam.

Membaca sekilas mengenai sultan muhammad al fateh yg berjaya menawan kota kontantinople sekaligus membuktikan kebenaran kata2 rasulullah membuat aku ingin sekali mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang beliau.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Kota kostantinople berjaya ditawan selepas 800 tahun Rasulullah bersabda, dan selepas 13 kali gagal dalam percubaan menawan.

Sultan Muhammad al-Fateh adalah sebaik2 pemimpin yg diamaksudkan Rasulullah. Baik macam yg di maksudkan?

Apabila kota kostantinople berjaya ditawan. Semasa hendak menunaikan solat jumaat, Sultan Muhammad nk melantik siapa yang layak menjadi imam untuk mengepalai solat jumaat tersebut.

Beliau bertanya kepada tenteranya. 'Siapa diantara kalian pernah meninggalkan solat 5 waktu selepas akil baligh sila duduk'. Tiada siapa pun yg duduk.

Di tanya lagi, 'siapa antara kalian pernah meninggalkan solat sunat ruwatib?'. Separuh dari tenteranya duduk.

Ditanya lg, siapa pernah meninggalkan solat sunat tahajjud sila duduk'. Semua tenteranya duduk, kecuali beliau, sultan muhammad sahaja yg masih berdiri. Maka beliau la yg mengimami solat jumaat tersebut.

Kota Konstantinople berjaya ditawan oleh tentera yang baik. Tentera yang x pernah meninggalkan solat 5 waktu. Dan dipimpin oleh pemimpin yang baik. Pemimpin yang x pernah meninggalkan solat 5 waktu, x pernah meninggalkan solat sunat ruwatib dan x pernah meninggalkan solat sunat tahajjud.

Aku ni, solat 5 waktu pon kadang2 belubang, dilengah2kan. Solat sunat ruwatib blh dikira dgn sebelah jari. Ape lg tahajjud. Macam mana kekuatan iman aku. Allah..

Moga kita mengambil iktibar...

*** masih belum jumpa buku sultan muhammad al-fateh -__-