Thursday, February 21, 2013

kawan aku tanya...



Assalamualaikum...

Malam tadi before aku tido, aku ber-sms dengan kwn aku, laki..Dia baru balik rumah, lepas jumpa kawan dia yang tengah serabut. sharing mering la mereka itu.. then, dia tny aku soalan. the conversation started::

Dia : aku nak tanya ko ni

Aku : tanya apa..best x soalan tu? (poyo je :-p)

Dia : xtahu la..otak aku x btl sikit ni..nape ramai pmpn x faham masalah laki?

Aku : huhu..nape (aku terkejut sbnrnya..terasa pon ade..aku ke??wuwuwu)

Dia : la..tny aku lak nape (laa..salah ke soalan aku..aku nak tau la knapa tetibe dia terfikir mcm tu..mesti ade sebab kan..mcm sakit hati pon ade..huh!!)

Aku : mgkn sbb pmpn tu mmg x tau ape mslh laki tu (haa..hamik..nak sgt jwpn..soalan general jwpn general..ok!!)

Dia : kawan aku xde duit..tapi ajak kawin (means awek kwn dia tu ajak kawin..bukan kawan dia ajak kawan aku kawin..ok)..da cakap da (xde duit)..tetibe pmpn tu cakap kalu ade org lain masuk meminang dia trima..x faham la aku camni.. (haa..kan senang camni..cite dari awl)

Aku : betul ke pompuan tu syg kat laki tu..kalau dia betul2 syg, kenal laki tu, tau masalah dia aku rasa pompuan tu patot faham. at least bg masa kat laki tu ke..xpon kalu x sabar sgt bertunang la dulu, bg tanda skit. x payah hantaran2.jimat.lepas tu bg la tempoh lama skit..kumpul duit..kalu pompuan tu xnk jgk, nk kawin cepat jgk..mm..xtau la..ikot logik aku tinggl je la..bia dia kawin

Dia : boleh tahan logik ko ea

Aku : cuba cakap mcm tu kat pompuan tu, dia sanggup x cari lain..xpon,soh laki tu jmpa parents pompuan tu,ckp nak kawin dgn anak dorg..tp x mampu lg..mintak tempoh..boleh x mcm tu ea

Dia : da jmpa da parents pompuan tu..tp sekadar jmpa je la..xde la sampai nak ikat..

Mcm tu la lbh kurang our conversation..

PERKAHWINAN tu sepatotnya adalah MUDAH. Apa yang buat ia jd SUSAH dan BERAT?? ADAT dan PERSEKITARAN..orang buat mcm tu kita nak mcm tu.buat mcm ni kita nak mcm ni jgk..

Family aku jenis kawin x de sanding..3 adik beradik aku kawin tp x de sewa2 pelamin. ade pelamin tp buat sendiri. fotographer pon sendirian berhad..mmg x profesional, tapi cukup untuk dijadikan kenangan. solekan pon sendirian berhad..mmg x de la lawa mcm artis..tp cukup la untuk membezakan dengan orang lain..tgk je dah tau tuuu pengantinye..dah byk jimat kat situ..so banyak belanja kat kenduri--jamu orang mkn..sebab purpose of kenduri tu adalah untuk kenalkan orang baru dengan family n saudara mara jauh dekat, kenalkan kepada orang2 disekeliling kita-jiran2, sahabat handai..kannn..

Kalau ikot aku, hantaran2 tok tunang nikah sume tu kalu blh x payah pon xpe..nak decorate berdulang2 n kotak2 tu dah kos..walaupon x mahal tapi duit tu blh digunakan untuk hal yang lebih penting..iaitu kehidupan lepas majlis..aku pernah tanya mak aku--boleh x tunang nikah x payah bagi hantaran..mak aku cakap--mak dulu kawin pon ade hantaran, cuma xde la dihias2 mcm sekarang.. Bila dah jadi adat susah nak di tinggalkan. kalau x dibuat senang menimbulkan fitnah..

 Untuk kes kawan kepada kawan aku ni, aku x tau la..aku x tau cite sebenar, yang tersirat..so komen aku seperti yang kat atas tu la..

sekian..

Wassalam~~







Monday, February 18, 2013

Financial advisor??thanks but no thanks.


Assalamualaikum

Ok. Cite ni buat aku panas skit.

Hari tu aku balik kampung terindah jumpa mak tersayang. kat kg ade mak aku dengan adik aku je. pada suatu hari masa aku kat kg, aku dengan mak aku sembang2..

mak : hari tu kak B cakap gaji ko banyak, kalau mintak rm*** sebulan pon xpe. betol ke??

aku : ?????erkk????..xde la banyak mana. cukup la nak idop. tapi setakat ni kalau nak bg byk tu (rm***) belum boleh kot. (dalam hati dah menyumpah2 org yg sesuke hati cakap kat mak aku mcm tu..ARGGHHH!!!tension!!)

Aku sakit hati betol dengan akak B aku tu. aku x salahkan mak aku. tapi akak aku tu x payah la nak kira2 duit aku, lepas tu nak manage pulak duit aku, byk ni ko buat mcm ni byk ni ko buat mcm ni..so annoying. jst mind ur own bisness la..adoiii..

untuk mak insyaALLAH mmg ade bahagian tok mak. tapi tolong la jgn buat mcm tu, jgn ckp kat mak aku mcm tu. bila akak dah cakap mcm tu kat mak aku, or even sesapa pon bila ade org cakap mcm tu, mesti orang tu dah berharap tinggi sgt. teringat2.  terpk2.. mcm mana kalau x boleh bg sedangkan orang tu dah berharap tinggi..sapa yg akan rasa bersalah??org yg cakap tu x kan terasa pon..

x payah la nak sibuk kira duit orang, sibuk hal orang, even keluarga sendiri..memang penting ambik berat pasal orang lain. tapi bukan lah sampai tahap nak merancang atau mengaturkan hidup orang.. bagilah nasihat atau cadangan, doakan yang baik, itu lebih baik..

Wallahu'alam..

Wassalam~~

JODOH YANG TERBAIK UNTUKKU




Assalamualaikum...

Ini cerita aku...motif?? sj nak share ;-p

Dulu pernah aku list kan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang lelaki untuk aku terima sebagai suami aku. aku nak yg mcm ni mcm ni. lelaki tu mesti blh bg tu bg ni. Then, aku kenal sesorang dan check2 list lelaki tersebut mempunyai ciri-ciri yang aku nak. cukup..lepas tu kami berkawan dan kenal hati budi masing-masing. Macam pasangan lain (aku percaya), sepanjang kami kenal ada beberapa kali kami berselisih faham. semakin lama kenal semakin ada yang aku x puas hati, rasa ada je yang x cukup pada orang tersebut. kadang-kadang aku cuba pujuk diri aku, mungkin dengan berselisih faham macam tu kami akan lebih mengenali antara satu sama lain. tapi, hari demi hari hati aku rasa x senang. dan akhirnya, setelah hampir dua tahun kami berkawan, aku putuskan untuk tamatkan hubungan kami.

Daripada pengalaman lebih kurang dua tahun aku kenal dengan orang itu, yang mana aku cuba letakkan dia di tempat yang istimewa di hati aku, dan aku niatkan kat hati untuk jadi pendamping hidup dia. tapi, bila ALLAH dah catatkan dia bukan jodoh aku, maka bukanlah.

Jadi sekarang, apa yang aku belajar daripada pengalaman tersebut, apa yang aku inginkan x semestinya itu adalah yang terbaik untuk aku. aku boleh pilih, blh listkan sampai 100 pages or 1000 of ciri2 lelaki yang macam mana yang aku nak, tapi tu belum menjamin adakah itu yang terbaik untuk aku.

Aku berserah pada ALLAH yang MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA PENGASIH, YANG TAU APA YANG TERBAIK UNTUK AKU, untuk jodohkan aku dengan lelaki yang terbaik untuk aku. Dan aku xkan pernah putus asa untuk memohon yang terbaik untuk hidup aku, untuk agama aku, untuk masa depan aku dunia dan akhirat.
Aku akan terus berusaha menjadi seorang muslimah yang lebih baik dan aku memohon untuk ditemukan dengan lelaki yang baik yang boleh  bawak aku ke syurga (bak kate mak aku). AMIINN

Wassalam~~