Sunday, March 31, 2013

kita hanya kawan..



Aku betol2 xnak dengan dia
sejak pertama kali aku jumpa dia, memang aku xnak dengan dia
bukan sebab hatiku dah berpunya pada tika itu
tapi aku yakin..bukan dia orangnya
walaupun setelah aku kini sendiri..aku tetap rasakan bukan dia.

tolong la kawan..kita hanya kawan
bukan teman tapi mesra
sebab aku pasti aku tidaklah cukup mesra dengan kamu
sekadar menghormatimu sebagai kawan.

apakah perlu beristikharah lagi
sedang hati sudah berkata tidak
bukankah istikharah tu untuk mencari yang pasti
yang pastinya kata hatiku tetap tidak pada dia.

tolong la kawan..
atau perlukah aku tegaskan setiap hari
untuk kamu ingat kita ini hanyalah kawan!
kawan!

aku kira kamu faham
untuk kita terus berkawan
tolong hormati aku seperti kawan2mu
supaya aku terus senang berkawan dengan kamu
hanya sebagai kawan.



~hatikugundahgulana~

Sunday, March 17, 2013

Betapa jin takut dengan janji Allah..Kita??


Assalamualaikum..

Last week aku beli majalah Solusi. Ada satu article ni tajuk dia kalu x silap 'Mati Kerana Ayat Al-Quran' 

Di riwayatkan oleh sapa ntah, x ingat, ade sorang sahabat ni dia solat. Dalam solatnya tu dia baca surah Ali-Imran, ayat ke berapa ntah, x ingat. Tapi ayat tu bermaksud 'setiap yang hidup tu akan merasai mati'. Di ulang ayat tersebut dalam solatnya beberapa kali. Tetibe ada suara dari belakang tanya, ditujukan kepada sahabat tadi : "kenapa kamu mengulang2 ayat tersebut banyak kali, sampai ada 4 jin daripada kami x sanggup mendongak memandang ke langit, sehingga mereka mati".

MasyaAllah. 

Sungguh makhluk Allah itu takut dengan ayat2 Allah, dengan janji Allah, kala mendengar ayat tu pon boleh mati dek kerana takutnya mereka.  

Kita ni?? kadang2 denga gitu je, kadang2 terkesan jgk, tapi lepas tu lupa balik. Moga kita sama2 sentiasa diberi petunjuk. Amiin.

p/s : Article tu menceritakan tentang jin Muslim tinggal dengan orang Muslim. Begitulah juga sebaliknya..

Wassalam~~

Tuesday, March 12, 2013

Boleh ke kawen x pakai tudung?




Assalamualaikum..


Aku terdengar conversation officemate aku. OM (officemate Malay Muslim) n OC (officemate Chinese notyetMuslim)

OC : boleh ke kawen x pakai tudung??

OM : boleh! 

OC : yeke??

OM : boleh. artis tu.. nikah je kne pakai tudung. majlis tu xpe.

OC : tu artis. mereka dah biasa x pakai tudung. tapi sebenarnya tak boleh kan.

OM : ...(diam)..

aku x dengar conversation dorg dr awal sebab aku bukan sengaja2 nak curi denga dorang sembang. tu je yang aku terdengar.. dorang tengah cakap pasal wedding la..

tapi..topic ini adalah sangat berat. dan saya sangat malu.

yang notyetMuslim lagi tahu hukum..

Memang la kawen tu sekali seumur hidup. (yang kte nak mcm tu la kn. sapa yang nak kawen byk2 kali). tapi jangan la sebab hari yang sangat penting tu kte nak ambik peluang untuk tambah dosa. Hukum tetap hukum. Biarlah hari yang penting itu dilimpahi dengan berkat dan redha ALLAH.

Ya Allah, berilah kami petunjuk dan jangan lah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri rahmat kepada kami. Amiiin~~

WallahuAlam.

Wassalam~~

Sunday, March 10, 2013

sedekah kenduri -- tanam dunia?



Assalamualaikum..

Biasanya bila ade sedara2 or jiran2 kat kg aku buat kenduri, biasanya kenduri kesyukuran, mak aku akan bg buah tgn skit, gula ke, susu ke, roti ke.. orang2 kat kg aku yg lain pon akan hulur2 jgk kalau mak aku buat kenuri..aku rasa ini adalah common kat kebanyakan tempat. hidup kita kan penuh dengan budi bahasa.

Hari tu aku g kenuri potong jambul kat umah mak akak angkat kat nogori 9. Then akak ni cite ngan mak dia n aku. Akak ni duduk kat somban. Dia ada jiran. Jiran dia tu selalu buat kenuri. Bila jiran ni buat kenuri akak ni akan bagi something la. 2 kali jiran dia buat kenuri 2 kali akak ni datang 2 kali dia menghulur..then, ade satu hari tu akak ni buat kenuri, di jemputnye jiran dia ni. tapi jiran dia datang tangan kosong je. akak ni mengadu ngan mak dia. Then dia cakap lepas ni kalau jiran dia buat kenuri lg dia xnak bagi apa2 dah..aku denga dan sengehh je..

Hidup kita dipengaruhi oleh orang2 sekeliling kita..contoh akak ni, bg dia kalu ada org lain kenuri, dia akan bg something dan megharapkan orang pon akan bg macam tu jgk bila dia buat kenduri sebab mak dia buat mcm tu. Dorang namakan ia 'tanam'. Mak akak ni akan buat catatan--kalau dia buat kenduri orang2 yg datang bagi bende, berapa byk sume akan dicatatkan. then bila orang tu buat kenduri mak dia akan bagi yang sama jgk. Jadi, akak ni belajar dari mak dia.

Bagus amalan tu, saling membantu dan bersedekah. Tapi adalah sangat x sesuai bila sedekah itu di kira.. Seeloknya kalau nak bagi bagi je la. jangan mengharapkan balasan. takot sedekah yang patotnya boleh jadi bekalan kat akhirat jd sia-sia. Betol la konsep tanam yang digunakan tu kan. Tapi, kalau hasil tanaman tu x nampak hasil kat dunia jangan la mengungkit atau putus asa untuk terus bersedekah.

Ikhlaskan hati atas setiap perbuatan. Allah tu Maha Adil dan Pemurah. InsyaAllah setiap amalan tu ada balasan dia. X kat dunia kte masih ada kehidupan akhirat.. Sedekah adalah antara 3 bekalan yang boleh di bawak keakhirat..kan :-).

Sekadar perkongsian dan renungan..

Wassalam~~


Friday, March 8, 2013

Dia yang aku kenal


Assalamualaikum..

Aku suka nak cite pasal kawan aku ni..Aku kenal dia masa aku belaja kat matrik. Kami dalam Program Dua Tahun (PDT) Matrikulasi. Aku dengan dia sekelas masa PDT taun pertama. Masuk taun kedua kat matrik ktorang x sama  kelas.

Masa katorng satu kelas aku dengan dia x pernah bertegur pon. Aku Pemalu. hahaha..tapi ni serius.aku pemalu.sejak aku sekolah dulu aku memang malu nak tegur laki walaupun aku skolah campur dari form 1 sampai form 5. Aku hanya akan tegur laki bila perlu je. ada discussion ke atau apa2 hal yang penting. mak ayah aku ajar sejak kecik dulu jangan rapat sangat dengan laki. bekawan bila perlu je. Alhamdulillah, aku boleh jaga pergaulan aku. Dan masa aku skolah dulu aku ada prinsip aku xnak bercouple2 masa skolah. Aku nak cari jodoh aku bila aku dah masuk U..cewah..poyo je kan. tapi Alhamdulillah aku x pernah terlibat dalam cinta monyet masa skolah dulu walaupon aku ade admired dgn orang. n ade jgk beberapa kawan skolah aku dulu suka aku, tapi aku berjaya pertahankan prinsip aku. 

Dan tabiat aku ni terbawak2 sampai matrik. tu aku xde ramai kawan laki masa kat matrik. N aku dengan kawan aku ni x pernah bertegur. kenal2 gitu je. Eh, kami pernah ade buat persembahan kumplan sesama. Masa tu je kot aku pernah cakap dengan dia. 

2 3 taun lepas tu, aku dengan dia dah masuk u, aku UPM dia UTM. Dengan perantara FB aku dengan dia berkawan. Aku sembang dalam FB aku ok. x kisah la dengan sapa pon, aku akan cakap ape je aku pk. Kurang sikit tahap keseganan aku. jadi aku mcm agak rapat la dgn dia. 

Lepas tu, abis belaja aku dapat keje kat KL, dok kat Setiawangsa. Dia dapat keje kat Damansara, n stay kat Wangsa Maju. masa tu la aku dengan dia jumpa, berdua, untuk kali pertama. Dia masih mcm dulu. kecik. hahaha..

Tapi, 1st impression bila aku jumpa dia, aku kagum. aku x tau la aku rasa macam tu sebab aku kurang berkawan ke. tapi dalam beberapa kawan yang aku kenal, termasuk kawan yang tua 10 tahun dari aku, aku rasa untuk dia yang sebaya aku ni dia adalah seorang yang sangat matang. Dan dia kejutkan aku dengan beberapa soalan yang aku x expect. Antaranya soalan yang dia tanya aku:

1 :: 'ko plan nak keje sampai bila. x kan dah umo 40 ko nak keje lagi. nanti anak2 sapa nak jaga...' errrr...aku x pernah pk pon nak keje sampai umo bape. aku baru nak belaja keje kot. masa tu gaji pertama pon belom dapat lagi..

2 :: sambung..'aku kalau boleh xnak anta anak2 g nursery. bukan x bagus. tapi nanti produk (anak) yang dihasilkan sama je dengan orang lain. jadi, kerja cari duit bia suami yang uruskan.isteri tolong didik anak kat rumah.ko rasa rugi belaja tinggi2 tapi in the end dok umah je?? x rugi. cuba bayangkan kalau orang yang kurang pendidikan macam mana anak yang didik, akan kurang kualiti jgk...'..aku..err...then, dia tny soalan cepu mas..'so ko nak keje ke dok umah bila kawen nanti?' aku ????

3 :: masa tu sembang2 pasal beli kete. dia tny aku bila nak beli. aku cakap la tunggu stabil. he replies 'ko nak tunggu bila baru stabil. ko ingat Malaysia ada KLCC, litar Sepang, Proton sume tu tunggu Malaysia stabil ke?kalu tunggu stabil aku rasa sampai sekarang pon belum tentu ada sume tu..blablaBEBELblabla..' biasa kalu aku ckp dgn org lain pon, aku rasa org akan stuju dgn aku, tunggu stabil la baru blh beli kete..


hahah..nanti sambung lagi~~

wassalam~~