Friday, March 8, 2013

Dia yang aku kenal


Assalamualaikum..

Aku suka nak cite pasal kawan aku ni..Aku kenal dia masa aku belaja kat matrik. Kami dalam Program Dua Tahun (PDT) Matrikulasi. Aku dengan dia sekelas masa PDT taun pertama. Masuk taun kedua kat matrik ktorang x sama  kelas.

Masa katorng satu kelas aku dengan dia x pernah bertegur pon. Aku Pemalu. hahaha..tapi ni serius.aku pemalu.sejak aku sekolah dulu aku memang malu nak tegur laki walaupun aku skolah campur dari form 1 sampai form 5. Aku hanya akan tegur laki bila perlu je. ada discussion ke atau apa2 hal yang penting. mak ayah aku ajar sejak kecik dulu jangan rapat sangat dengan laki. bekawan bila perlu je. Alhamdulillah, aku boleh jaga pergaulan aku. Dan masa aku skolah dulu aku ada prinsip aku xnak bercouple2 masa skolah. Aku nak cari jodoh aku bila aku dah masuk U..cewah..poyo je kan. tapi Alhamdulillah aku x pernah terlibat dalam cinta monyet masa skolah dulu walaupon aku ade admired dgn orang. n ade jgk beberapa kawan skolah aku dulu suka aku, tapi aku berjaya pertahankan prinsip aku. 

Dan tabiat aku ni terbawak2 sampai matrik. tu aku xde ramai kawan laki masa kat matrik. N aku dengan kawan aku ni x pernah bertegur. kenal2 gitu je. Eh, kami pernah ade buat persembahan kumplan sesama. Masa tu je kot aku pernah cakap dengan dia. 

2 3 taun lepas tu, aku dengan dia dah masuk u, aku UPM dia UTM. Dengan perantara FB aku dengan dia berkawan. Aku sembang dalam FB aku ok. x kisah la dengan sapa pon, aku akan cakap ape je aku pk. Kurang sikit tahap keseganan aku. jadi aku mcm agak rapat la dgn dia. 

Lepas tu, abis belaja aku dapat keje kat KL, dok kat Setiawangsa. Dia dapat keje kat Damansara, n stay kat Wangsa Maju. masa tu la aku dengan dia jumpa, berdua, untuk kali pertama. Dia masih mcm dulu. kecik. hahaha..

Tapi, 1st impression bila aku jumpa dia, aku kagum. aku x tau la aku rasa macam tu sebab aku kurang berkawan ke. tapi dalam beberapa kawan yang aku kenal, termasuk kawan yang tua 10 tahun dari aku, aku rasa untuk dia yang sebaya aku ni dia adalah seorang yang sangat matang. Dan dia kejutkan aku dengan beberapa soalan yang aku x expect. Antaranya soalan yang dia tanya aku:

1 :: 'ko plan nak keje sampai bila. x kan dah umo 40 ko nak keje lagi. nanti anak2 sapa nak jaga...' errrr...aku x pernah pk pon nak keje sampai umo bape. aku baru nak belaja keje kot. masa tu gaji pertama pon belom dapat lagi..

2 :: sambung..'aku kalau boleh xnak anta anak2 g nursery. bukan x bagus. tapi nanti produk (anak) yang dihasilkan sama je dengan orang lain. jadi, kerja cari duit bia suami yang uruskan.isteri tolong didik anak kat rumah.ko rasa rugi belaja tinggi2 tapi in the end dok umah je?? x rugi. cuba bayangkan kalau orang yang kurang pendidikan macam mana anak yang didik, akan kurang kualiti jgk...'..aku..err...then, dia tny soalan cepu mas..'so ko nak keje ke dok umah bila kawen nanti?' aku ????

3 :: masa tu sembang2 pasal beli kete. dia tny aku bila nak beli. aku cakap la tunggu stabil. he replies 'ko nak tunggu bila baru stabil. ko ingat Malaysia ada KLCC, litar Sepang, Proton sume tu tunggu Malaysia stabil ke?kalu tunggu stabil aku rasa sampai sekarang pon belum tentu ada sume tu..blablaBEBELblabla..' biasa kalu aku ckp dgn org lain pon, aku rasa org akan stuju dgn aku, tunggu stabil la baru blh beli kete..


hahah..nanti sambung lagi~~

wassalam~~



No comments:

Post a Comment