Sunday, April 28, 2013

HUDUD tidak sesuai di MALAYSIA


Assalamualaikum

musim2 pilihanraya ni macam2 isu di utarakan.

isu yang sentiasa hangat adalah hudud.

betapa hebatnya kuasa hudud ni belum dilaksanakan pon orang dah takot. x bg buat. dgn alasan x sesuai dilaksanakan di Malaysia. even pemimpin yang not-yet-muslim pon sibuk war2kan hudud x sesuai dengan masyarakat majmuk kat malaysia ni. tapi dia sendiri tau ke hudud tu apa. [petikan akhbar]

bukan ke itu satu petanda yang bagus.. belum pon dilaksana semua orang dah ketaq kaki..adakah kerajaan Malaysia ni nak tubuhkna negara yang melindungi jenayah dengan mengelak dari melaksanakan hudud. bukan zalim pon hudud tu. malah insyaAllah boleh memberi perlindungan kepada semua orang tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, jantina dan lain2. adakah jenayah hanya dilakukan oleh orang melayu, orang islam , lantas hudud x sesuai di laksanakan di Malaysia??

undang2 Allah tu dah cukup sempurna. kita yang jahil ni yang selalu merumitkannya. yang sentiasa cuba mengelak. elak la..kelak kat akhirat tetap x blh lari gak..

marilah kta sesama belaja selami fahami tentang islam..aku pon x tau sangat pasal hudud ni.kne study blk. tapi aku yakin undang2 Allah adalah terbaik untuk seluruh umatnya.

Wassalam~~

Trima kasih baskin robbins

Assalamualaikum

Hari ni aku berjaya menginstall beberapa applications..akhrnya..haha..ade jgk bnd aku blh buka kat hp ni..kalu x kosong je.

Trima kasih kpd en robbin.bg sy menggunakan wifi anda scr percuma. Wpon sy x beli askim anda yg mahal itu..haha.terima kasih juga kpd kerusi yg diletakkan kt dpn baskin robbins ni..

Dah berjam jam aku duduk. Bak kate cikgu bm aku dulu mau dah petak punggung aku skrg duduk atas kusi keras lama sgt.haha..

Anyway aku seronok. Dpt isi hp aku byk bnd.

Love you baskin robbins so much..muah333

Thursday, April 25, 2013

makcik tepi jejantas lrt


Assalamualaikum..

Aku bila nak g keje atau nak g memana aku akan naik lrt. stesen lrt dekat sgt dengan umah aku. lagipun tu je kenderaan yg aku ade. kongsi dengan orang ramai.

kat tepi stesen lrt tu ade jejantas yang memudahkan orang di seberang jalan g ke stesen. tapi aku tgk orang lagi suka menggadaikan nyawa melintasa kat jalan berbanding naik tangga jejantas tu.

Aku nak g stesen lrt tu x naik jejantas. aku akan jalan kat laluan pejalan kaki tepi jejantas tu.

kat laluan tepi jejantas tu duduknya seorang makcik minta sedekah. hari2 aku akan lalu kat tepi dia.

aku x berapa gemar dengan dia. bukan sebab dia peminta sedekah. tapi ade certain2 perkara yang aku x suka dengan cara dia.

dia pakai baju kurung, bertudung dan duduk menunduk, pegang cawan kaler biru. x pernah nampak muka dia. kadang-kadang aku nampak dia selak tudung belakang dia. panas kot.

aku pernah nampak dia pamerkan kertas a4 laminated, antaranya yg sy terbaca 'WANITA SOLEHAH'..yang lain aku x sempat baca. kadang2 dia pegang tasbih. kadang2 dia letak ubat2. banyak.

yang aku x suka adalah dia seolah2 menggunakan identiti ISLAM untuk minta sedekah.

aku curious sebenarnya- betul islam ke dia. dari sisi aku nampak dia berkulit gelap. jd aku rasa dia bukan melayu atau cina. mungkin indian. indian muslim ke? aku xnak buat andaian2 ni..tapi asyik terfikir je. sebenarnya aku x rasa pon dia islam. dia seolah2 hanya menggunakan identiti islam.tapi tu mungkin adaian aku je.

aku teringin sangat nak duduk tepi dia, tanya dia tinggal kat mana, dengan sapa, tanggungan berapa, agama dia..mm..tapi x berani nak g sorang2.

aku ada misi sebenarnya. aku ada hadiah nak bg makcik ni. mudah2an apa yg aku buat ni akan memberikan manfaat kepada dia dan aku. mudah2an. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..InsyaAllah.

Wassalam~~

pelangi

Assalamualaikum..

semalam, 25 april 2013 aku nampak pelangi. seronok. dah lama x nampak.

aku kat dalam lrt, nk g keje, berdiri dekat pintu, memandang ke luar. tetibe nampak, eh pelangi. cantik. terus senyum. syukur. alhamdulillah dapat tgk pelangi. x sia2 aku g keje.

citenye pg tu kalau x aku nak mintak mc. sakit bulanan datang. dari kol 5 pg xleh tido. rasa x leh jalan. x berani nak g keje sbb biasanya kalau time2 itu datang kadang2 blh buat aku muntah2. takot tercicir muntah tepi jalan lak. tepi jalan ok lagi. kalu dalam lrt mcm mana. kan dah haru.. dalam kol 7pg aku rasa dah ok skit. blh la g keje. x de rasa loya2. g keje, nampak lak pelangi. rasa bertuah sangat. terima kasih ALLAH :-)

tapi x sempat nak tgkp gambr. x tercapai enset dalam beg. orang ramai kot kte sibuk2 lak nak tangkap gambar. xpe.ingat dalam hati.



ehsan foto : en google :-)


p/s : warnai hidup anda seperti pelangi. ada byk kaler, tapi tersusun kemas rapi. mungkin ade kaler yg kte sgt suka, tapi tidak pada org lain..n mungkin ada warna yang org suka tapi kte x suka. macam tu la hidup. 

Sunday, April 14, 2013

Track heart rate


Assalmualaikum

Hari sabtu lepas (13/4/2013) aku nak g Rawang umah kakak. berenti kat kl sentral utk tukar train putra ke ktm.

tengok NKF ade buat health screening. berenti jap buat..

aku cek blood pressure, berat & tinggi, air kencing, gula & kolesterol.

berat aku aku tau normal. BMI 20kg/m2.

blood pressure pon normal, alhamdulillah 118/69mmHg.

tapi heart rate aku tinggi. 2 kali dia cek, both reading above 100. normal untuk aku 60-80 beats per min je.huhu..masa aku selesema 3 4 bulan lps, g cek doktor cakap pon heart rate aku tinggi. dua kali dia cek.1 st tinggi skit. 2nd dah turun skit, 79 beats, normal tp dah nears above range. dia soh aku g refer ke endocrinologist. cek thyroid. huhu..Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada ku..

lepas ni kne rekod heart. tgk camne. kalu dalam keadaan rest pon tinggi jgk mmg kne g jumpa doktor. cek betol2.

air kencing pon ok. xde gula,darah or protein. kalau ade gula darah or protein dalam air kencing mungkin buah pinggang ade masalah..take note tu.

gula dalam darah aku normal. 5 mmol/apentah.lupa dah..aku ade makan sebelum tu.

tapi kolesterol aku dah tinggi. 5.21..waaaaa!!!!..setaun yg lepas aku cek normal lg.4.09 lg. ni dah lebih yg normal.5.1..ok..lepas ni aku xleh mkn nasi lemak tetiap minggu. fast food pon kne kurangkan jgk..

ok..kne cek kesihatan selalu..sekurang2nya kte selalu berjaga.

Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepadaku. amiin.

wassalam~~

Wednesday, April 10, 2013

kasut baru


Assalamualaikum.

Aku pakai kasut baru hari ni.

sonok sangat sebab kasut ni best.

x berbunyi ketuk ketak ketuk ketak. n selesa lembut gitu.

x licin tapaknya. so kurang lah skit kerisauan aku kepada kejatuhan. bulan lepas 2 kali aku jatuh sampai benjol2 kepala lutut.

aku dah beli kasut ni lama dah. masa aku kuar dgn kwn matrik aku yg lama x jumpa. sebulan aku simpan konon nak bg kasut lama lunyai dulu. sebab duduknya dia bawah katil mcm selalu pgl2 aku bila dia blh mula berkhidmat. jadi semalam aku pakai.


ni la dia. cik NEL .simple. bergaya.penuh keayuan..




menambahkan ketinggian aku kepada beberapa cm dan material nye lembut di tapak kaki



cik NEL kau memang osem. x sia sia aku beli kau. aku nak guna ko lama. sila jaga diri. jg penampilan. jgn cepat lunyai. jimat duit aku. 

tu je..

wassalam~~

Luqmanul Hakim

Assalamualaikum

Tadi aku tetibe teringat kat nama ni.

kenapa teringat..hujung pangkalnya aku x pasti..tapi nama ni membuatkan aku wonder siapa dia sebenarnya..

namanya cukup glamor.. dalam Al-Quran diabdikan namanya didalam salah satu surah.

kat sekolah dulu pon ada belajar sikit pasal luqman ni. pasal pesanan2 luqman kepada anaknya.

tapi siapa dia sebenarnya??

saya try cari maklumat mengenai beliau sedikit dari mr.google..

dari pembacaan saya, Luqman ni telah hidup selama 1000 tahun. hidup pada zaman nabi Daud. dikatakan apabila Luqman disuruh memilih antara hikmah (kebijaksanaa) atau nubuwwah (kenabian) beliau memilih kebijaksanaan. dan dikatakan juga selain dalam ayat al-Quran, Luqman juga mempunyai banyak wasiat. Wahab bin Munabbih pernah menuturkan : " saya membaca hikmah Luqman yang jumlahnya lebih dari 10 ribu bab."

itu apa yang aku baca dari sini dan sini ..

kalau ada yang x betul tolong betol kan..kte kongsi2 ilmu.

aku nak cari la buku Luqman ni. Luqman ni mesti sangat hebat kan..

ok..tu je..

Wassalam~~

Friday, April 5, 2013

Dia x marah aku


Assalamualaikum..

aku tanya dah kat dia.

dia cakap dia x marah dgn aku. dia ok je dgn aku. cuma lately dia byk problem. mungkin sebab tu personaliti dia lain. katenyeee..

bagus la kalu betul ape yang dia cakap tu.

aku offer nak tlg dia..kot2 ada apa2 yg boleh aku tlg..

dia tanya aku nak tolong apa..

aku cakap la tolong denga masalah ke at least, ataupon tlg jangan ganggu dia..

then dia tny, knp xnak tlg tambah kn masalah dia.

aku tny blk, boleh ke..aku gurau je sebab dia yang cakap mcm tu..

at last dia cakap bila dia byk masalah dia jadi serius.jgn gurau..

ok. fine..aku tau sebenarnya aku dah ganggu dia, n dah tambah serabutkan kepala dia..

ok..aku xnak ganggu dia.

fine!!

lantak la..malas nak amik tau dah..

daa~~


Wednesday, April 3, 2013

jadi BULAN ke BINTANG




Assalamualaikum..


Seseorang pernah tanya kat aku, nak jadi BULAN ke BINTANG?

Katanya, jadilah BULAN..

BINTANG cantik, bersinar2, indah..

tapi bintang yang cantik tu terlalu banyak..

kalau tengok kat langit nampak sama je sume


BULAN tak seindah bintang2, x bersinar..

tapi kat bumi ni hanya ada satu bulan,

satu bulan itu yang sangat istimewa..

tak ada tandingan..

jadilah seperti BULAN,

jadi yang istimewa,

cari sesuatu dalam diri kamu yang lain dari orang lain,

dan jadikan itu yang paling istimewa.



p/s : itu yang dia pernah cakap kat aku..setiap apa yang dia cakap selalu buat aku jatuh hati dengan dia..

Tuesday, April 2, 2013

Dia merajuk


Assalamualaikum.

Aku dalam dilema ni..sokmo dalam dilema..

Ade kawan aku ni...sebelum ni dia ok je...tapi sejak 3 4 hari ni dia macam lain macam je ngan aku..majuk dengan aku ke..

Hari sebelum dia lain macam::

malam tu kami ber-sms-ing mcm biasa..
actually ktorang pernah kuar sampai tengah mlm. balik kol 3 pg lebih. aku x nak sebenarnya kuar sampai pagi2 buta dengan dia. dia yang lelaki itu. tapi hari tu aku konon nak amik hati dia sebab x dapat teman dia g kenuri. so, nak pujuk dia aku setuju nak kuar dgn dia sampai lewat mlm. tu pon dia nak stay dgn aku sampai lepas subuh..

jadi pada mlm kami ber-sms-ing tu dia nak ajak aku kuar sampai lewat mlm lg. nak lg lewat lagi dari last time ktorang kuar. siap nak plan elok2 lagi..

aku pon dengan tegasnya cakap la xnak dah kuar sampai lewat2 macam hari tu. even x buat apa, just hang out --sembang2, tengok wayang-- tapi tetap x elok. nak jaga skit la kan supaya sentiasa beringat..

then dia cakap 'xpela'..aku tau dia jauh hati.tapi aku kne tegas dalam hal ni..

Bila dia dah mula lain mcm::

Tapi lepas tu dia memang lain. aku tanya majuk ke, marah ke, dia cakap x. tapi msg dgn aku mcm nak xnak je..asik bz je. katenye byk keje..

biasa byk keje pon mesti akan msg aku b4 tido..jadi bila dia lain mcm mcm tu aku jd x sedap ati la jgk..

jadi aku yakin dia majuk..aku tanya pendapat kawan aku, dia cakap bagi masa dulu..sehari dua..

ok. aku rasa aku dah bagi masa.. sehari dua x msg dia. msg dia balik, dia masih mcm x ok sgt..

ape aku nak buat ea..

xkan sebab xnak kuar sampai lewat malam tu dia jauh hati sangat..bukan aku xnak kuar dgn dia..cuma aku nak ade limit.batas..

sekarang ni aku nak tunggu lagi..bagi tempoh seminggu..kalu betol dia bz pon xkan hari2 kan..

kalu aku x sabar  2 3 hari lagi aku nak tny dia..



p/s : x retinye lah nak pujuk laki ni..