Sunday, January 13, 2013

Sindrom Anak Gajah



Assalamualaikum. 

Hari sabtu lepas aku g dating dengan kawan aku yang banyak ilmu tu. Salah satu yang dia cerita kat aku adalah tentang sindrom anak gajah. Baru 1st time aku denga sindrom ni dari dia. X pernah pulak aku denga nama sindrom ni sejak tadika dulu sampai la aku belajar kat u.

So, mari kenali gajah. 

Gajah adalah salah satu mamalia yang terbesar hidup kat atas darat. Kalau soh gajah dewasa sekor cabut pokok balak pon mau tumbang balak tu. Tapi, bagi gajah yang dipelihara, dikurung dari kecik, anak gajah tu akan diikatkan rantai kat leher dia dan tambat la kat memana. kecik2, kne ikat, cuba2 nak lepas, xleh. x kuat. dah banyak kali cuba pon x lepas. Then anak gajah yang kesian ni give up. Sampai besar dia akan fikir dia x boleh lepaskan diri daripada ditambat walaupun dia sebenarnya boleh. Dan dia x pernah mencuba lagi. Ini lah yang di gambarkan  dengan sindrom anak gajah. Boleh cari kat search engine 'the baby elephant syndrome' untuk versi cerita English.  

Aku ada satu cerita yang mana cerita ini boleh dikaitkan dengan sindrom anak gajah ni. 

Aku ada seorang kawan masa kat u. Kawan aku ni x suka makan sayur dari kecik. Kursus yang kami amik berkaitan dengan menggalakkan pemakanan yang sihat kepada orang awan. Jadi, kawan aku ni sendiri x suka makan sayur lagi nak suruh orang makan..ape cer??

Jadi, aku bersama kawan2 aku yang lain cuba memujuk dia untuk cuba rasa dan makan sayur. Tapi dia xnak jugak. Ada satu hari tu kitorang makan apa ntah, mcm kuih popia basah mcm tu kot. Dalam tu ada la sayur2.  Bagi dia makan. Dia dah makan tanya la sedap x. Dia cakap ok. Then, kami congrates dia sebab dia dah berjaya makan sayur!!!! sejak dari tu baru dia sendiri cuba2 makan sayur.

Moral of the story is, kita boleh memilih nak trus jadi macam kita 10 taun lepas atau nak jadi lebih baik.
Jangan takut untuk mencuba.
Sekali makan laksa rasa mcm ape ntah, x semestinya laksa yang ko makan esok akan rasa macam tu jgk. (cakap pasal diri sendiri)
Sekali pernah jatuh naik moto x semestinya akan jatuh lagi lain kali. 
Xpernah bawak kete x semestinya xboleh bawak kereta sampai bebila.
Jangan takut untuk mencuba. Dan jangan pernah penat mencuba!!!

Teruskan mencuba~~

Hidup dengan cobaan~~

Wassalam~~


Tuesday, January 1, 2013

Bumiputra


Assalamualaikum

Aku rasa panas skit pg ni..ada mcm2 cite..aku nak cite ni dulu..

Perkara ni x de la besar sgt. Tapi kalau dibiarkan mmg boleh mengancan hidup aku dan orang lain sebagai orang MELAYU sebagai BUMIPUTERA..

Pagi tadi kat tempat keje aku ni officemate chinese (OC) tanya officemate malay (OM) sorang ni..

OC : M (si chinese pgl si malay), i nak tny..itu orang Melayu yang duduk sini datang dari indonesia ke macam kte orang cina datang dari cina?.

OM : ye kot. tapi mungkin ada yang bukan datang dari indonesia..

OC : oo..mana lagi datang selain dari indonesia..

OM : mm..ntah..

OC : jadi yang bumiputera sebenarnya yang macan orang asli ke..

OM : iyekot..

aku rasa mcm nak menyampuk je..tapi aku dibesarkan dengan adat2 melayu yang berbudi bahasa dan sopan santun. x elok menyampuk orang lain cakap. dorang x ajak aku cakap pon..

Ok..penah denga kerajaan maritim??kerajaan agraria?? kalau x pernah belajar maksudnya x penah skolah la tu.. aku ingat dulu masa skolah menengah sejarah ade belajar..kat U pon ade jgk belajar dalam subjek titas..tapi sebenarnya masih ramai yang x faham asal usul Melayu..

Aku xnak cerita pasal kerajaan maritim agraria sume tu..bosan kan..cuma aku nak tegaskan kat sini..orang melayu yang datang dari indonesia atau dari pelusuk mana pun x boleh di samakan dengan kedatangan orang cina atau india ke Tanah Melayu. Pada zaman penempatan awal Orang Melayu mereka meneroka di tanah Melayu, bercucuk tanam, menangkap ikan, berdagang, dsb..kebanyakan penempatan awal belum ditarif sebagai kerajaan sbb xde raja lagi. Then ingat x, Tanah Melayu ada beberapa pelabuhan yang sibuk seperti Kedah Tua dan Srivijaya dalam aktiviti perdagangan. Ada lagi pelabuhan2 lain yang sering dikunjungi pedagang2 dari luar untuk mendapatkan sumber bumi Tanah Melayu.  Kedatangan pedagang2 ni yang banyak mengubah dan membentuk pentadbiran dan kerajaan Tanah Melayu. Masa ni pun kerajaan2 setiap negeri2 kat Tanah Melayu belum bersatu. Kemudian datang penjajah2 yang cuba membolot ekonomi Tanah Melayu. kesan dari kedatangan penjajah ni negeri2 di kelompokkan - negeri-negeri melayu bersekutu, tidak bersekutu, negeri-negri selat- aku pon x ingat negeri2 mana ntah dalam kelompok2 tu. Lepas tu perlahan2 negeri2 dan semua rakyat Tanah Melayu bersatu untuk menuntut hak mereka dari penjajah dan untuk mencapai kemerdekaan.  

korang kalu nak tau lebih terperinci pasal sejarah tanak melayu tgk kat sini.

Orang Cina dan India, mereka di bawa ke dalam Tanah Melayu oleh British untuk bekerja. Orang Cina akan di bawa ke lombong bijh timah untuk melombong manakala orang India akan di bawa ke ladang getah dan kelapa sawit. Bila British keluar dorang x bawah sekali orang2 yang dorang dah bawak masuk ni. Jadi, melambak2lah pendatang yang dibawa oleh British yang x bertanggungjawab ni dalam Tanah Melayu. Seperti yang telah kita pelajari dalam SEJARAH, Tanah Melayu perlu menunjukkan Orang Melayu boleh hidup bersama2 dengan orang2 lain yang datang dan tinggal di Tanah Melayu termasuk orang Cina dan India untuk kita bebas MERDEKA dari jajahan British. Dari situ orang Cina dan India diberikan hak warganegara, dan kita sama2 tinggal dalam Malaysia yang merdeka.

Malangnya, sampai sekarang masih ramai orang Cina dan India yang belum bersedia untuk menjadi warganegara Malaysia. Buktinya, ramai yang belum fasih berbahasa Malaysia. Tapi sibuk menuntut hak mereka sebagai warganegara. Sesungguhnya saya sebagai bumiputera x pernah meminta apa-apa dari kalian. Bersamalah kita menjaga keamanan negara. bersyukurlah.

Cari balik sejarah-sejarah kita. Belajarlah sejarah. Ingatlah sejarah..jgn pernah jemu mengkaji sejarah.

Mohon maaf jika ada maklumat yang tidak benar dan mohon perbetulkan kesalahan tersebut. moga kita sama-sama belajar..

Wassalam~~