Sunday, May 12, 2013

musang berjanggut?


Assalamualaikum

13 mei 2013

malam tadi, dlm kol 12.30 mlm, aku dah elok2 nak tido, tetibe aku denga ade bunyi kat lua bilik aku.

ok. bilik aku ade satu tingkap. tingkap dia aku x ltk langsir. n aku biasa mmg bagi tingkap tu tebuka tok bg angin masuk, sbb blk aku xde kipas. lua bilik aku ade bumbung rumah bawah. aku dok tingkat atas. sebelah umah aku tu mcm bukit semak sikit. kat atas bukit tu aku boleh denga suara2 ayam. mungkin ade reban ayam kat atas tu.

so mlm tadi, bila aku denga bunyi macam sesuatu memanjat bumbung tepi tingkap bilik aku, yg aku pk adalah itu mungkin kucing atau musang. kucing jarang panjat sampai situ, n kalau panjat pon biasanya x bunyi bising mcm tu. kucing biasa sopan sikit. so, aku rasa musang. sebab petang tu aku ada nampak musang kat tepi2 umah aku tu.

aku pon terus bangun buka lampu. intai2. x nampak ape. sebab lua tu gelap. aku g kat katil ade blk bunyi tu.

kalau binatang, kucing ke musang ke, aku risau dia masuk bilik je. nnt dua2 takot. yg ceroboh masuk gelabah xtau nak kuar, yg tuan bilik gelabah xtau nak buat ape. so aku tunggu2 bunyi binatang tu hilang.

tgh tunggu2 tu hp bunyi. dia msg aku.

aku lega sikit la. aku cite kat dia.

then blh dia cakap tu bkn binatang. tu mgkn makhluk yg boleh menyerupai binatang. sbb aku x nampk dia, n denga suara je..
isshhh..dah la aku tido sorang2. soh aku amik wudhuk la, baca2 la..

then, dia soh aku tutup tingkap dgn ape2. so, aku tutup tignkap dengan kain, n buka lampu dapur bagi terang. lama jgk la bnd tu dok buat hal kat blkng umah.

dia la yg teman aku sampai dekat pukul 1.30...ktorang main teka2 ape bnd kat lua tu. dia pulak sakat aku dgn bnd yg bukan2. dia cakap 'musang suka pompuan.' aku dah la tgh seram2 suam. tapi nasib aku blh fikir logik lg. aku tny la,' iyaka? musang berjanggut?'... 'pandai', dia cakap. blh jadi orang jgk. tapi aku x rasa orang. kalau org ade niat jahat xkn nak buat bising, bertapa lama2 kan.

last2 aku dah ngantuk sgt. then, aku decide nk ignore je. tido. bia lampu dapur n bilik terbuka.

dan aku tido dgn lena mlm tu. alhamdulillah.

p/s: aku mimpi masa zaman aku kat skolah dulu. tp x ingat.

Tuesday, May 7, 2013

dinner tempat biasa

Assalamualaikum

Malam tadi (7/5/2013) dia ajak aku dinner. aku jumpa dia. yeay!!hehehe..

kami mcm dah ade fav tempat mkn. tny mkn kat mana. tempat biasa..haha.sedangkan baru dua kali mkn kat situ. tapi so far dalam byk2 tempat mkn kat area umah aku tu tmpt tu je yg ok. ade beberapa tempat lain yg kami pernah g tempat dia agak kotor, mayak cik t berkeliaran. yang belari2 kat atas tiang tmpt kami makan pon ade.huhu. makanan dia pon x bape sedap.

mcm biasa la bila jumpa dia byk bende yg disembangkan. aku jd pendengar yang setia je :-p

memula sembang pasal pru yg dah lepas. dia x balik kg mengundi. sungguh x bertanggungjawab. dia yg mengaku sendiri. ade krisis katenye. hari tu dia yang semangat sgt nak balik.

dia cerita pasal imam ghazali. di mana ada sorang anak muda bg surat kat imam ghazali, mengadu yang dia dah baca byk kitab, dah belaja byk tapi hatinya masih terasa kekosongan. pjg katenye nak elaborate. mana x pjg, byk selingan2--siap ade cerita psl kereta lg.. tapi concluisonya, nak isi hati yang kosong tu amalkan ilmu yang dapat. bukan setakat belajar.

amalan yang lebih daripada ilmu itu sesat.
ilmu tanpa amal itu sia2.
amalkan ilmu yg ada secukupnya.

lagi, dia bercerita tentang ilmu mantiq. aku tak search lagi ilmu mantiq tu ape. ada kaitan dengan logik, manipulasi ayat. lebih kurang mcm tu la.

untuk menerangkan dia cerita kisah nabi Muhammad. waktu tu orang kafir mekah kejar orang mukmin. bila dorang dah dekat, orang mukmin ni (ni ada dua pendapat ) menyorok dalam jubah nabi @ berlindung dibelakang nabi. then, sebab orang kafir juga percaya nabi Muhammad adalah seorang yang jujur, orang kafir ni tanya nabi Muhammad, 'wahai Muhammad ada tak kamu nampak si fulan lalu kat sini?' ..kemudian nabi berundur selangkah kebelakang, dan menjawab 'sepanjang aku berdiri DI SINI aku x nampak siapa2 lalu melainkan kamu.' then orang kafir tu pon berlalu, dan selamat lah orang mukmin ni.

adakah nabi berbohong. jawapannya tak..bila nabi berundur kebelakang, nabi berada ditempat yang lain. memang nabi hanya nampak orang kafir tu je bila nabi berdiri ditempat baru. logik kan :-[) . bijak nabi.

lagi, aku tanya pasal akak housmate aku. aku penah cakap dia aku nak g teman akak housmate aku g berubat saka dia. mlm time tu. tapi dia x bape setuju dengan cara akak ni. so aku tanya la apa cara yang betul.

dia cerita la pasal saka tu asal dari mana, knp dia mendampingi orang. dia cakap manusia ni sebenarnya kuat. yg paling utama kne jaga hubungan dengan Allah. dan saka ni akan mendampingi orang2 yang lemah. bila hubungan dengan Allah x kuat senang la saka ni nak menumpang hidup. bila dia dah menempel, manusia pulak cuba buang saka dengan jumpa ustaz2. ustaz ni bagus, blh buang saka. secara x langsung dari situ dah bergantung dengan manusia, dan sebenarnya tanpa sedar dah menyekutukan Allah. Nauzubillahiminzalik.

jadi, ape pon yang penting jaga hubungan dengan Allah. dan bende ni byk main dengan minda. kalau kita sangat taksub dengan saka ni, takut dengan saka, seolah2 saka ni yang mengawal hidup kita, maka memang betul la saka ni akan mengawal hidup kita. think positive. kuatkan iman. kuatkan minda.

Then, aku tanya psl abg aku yg bini dia pon ade saka. yg ni xpe la..aku xnak cite kat sini. biarla aku simpan dalam kepala.

sebenarnya, masa dia call nak ajak aku kuar maghrib tu aku ngah tido.huhu..aku xdenga dia call. nasib baik jgk la aku x angkat. kalu x kantoi. huhu..tapi yang teruknya aku mcm dah terbiasa tido maghrib2. blk keje tido sampai maghrib. nyaris2 nak telepas maghrib mlm td. nasib sempat. aku berazam xnak la lg tido bila blk keje. nnt jd habit lak.

Pesan Rasulullah

Assalamualaikum

Aku tgk rancangan tb 9, sign of hereafter. Penceramah x ingat nama dia sapa.bukan malaysian.Byk ingatan2 yg diberikan.

Pertama dia bercerita tentang tanda2 kiamat yg pernah disebutkan oleh nabi. Ni adalah episod yg ke 2.episod lps aku x tgk..

Ok. Antara tanda2 hari kiamat
   > sg furat di iraq akan berubah haluan dan menunjukkan satu gunung emas. Ada yang pendapat lain cakap air sg ni akan kering dan ternampak sebuah gunung dari emas. Pesan rasullah, kalau nmpk emas tu jauhilah daripadanya. Sebab daripada 100 yg merebut emas tu 99 akan mati sbb menyangka akan dpt emas tersebut. Ingat la.kat syurga nt batang2 pokok adlh drpd emas. Kejar la yg tu. Cari la syurga.
   > umat zaman ini menyumpah umat zaman dahulu.yakni zaman sahabat@khalifah nabi memerintah.
   > madinah akan dilanda gempa bumi menjatuhkan orang2 yang menipu dan .... (pengkhianat?x sure)
   >kaabah akan runtuh. Kaabah pernah runtuh dahulu, n akan runtuh lg.
   >umat akan melupaka haji.

Ok.tu antara yg aku ingat.

Lagi yg diceritakan dlm rancangan tu adlh mengenai pesan Rasulullah kpd umatnya apabila menghadapi peperangan atau berhadapan dgn orang bukan islam.
   >jgn membunuh wanita,kanak2, haiwan ternakan kecuali jika perlu disembelih untuk dimakan, maka sembelih dlm kuantiti yg ckp shj,jgn tebang pokok, jgn membuat bising sehingga mengejutkan ibu2 yg menyusukan anak pd waktu mlm, biarkan mereka menyebah@anuti agama mereka,jgn musnahkan kediaman dan bangunan2..apa lg ea..tu je yg ingat.

Ada jgk dia ceritakan, waktu nabi dihalau dr mekah baginda dlm perjalanan ke madinah dgn saidina abu bakar, ada seorang ni yg diupah untuk membunuh nabi, n dgn bangganya dia menakut2 nabi yg dia x pernah jatuh dr kuda. Maka nabi berdoa , 'Ya Allah, lindungilah aku dgn apa cr sekalipun yg enkau kehendaki' n kudanya terus jatuh terbenam pasir. Dia cuba bgn n bunuh nabi. N nabi berdoa lagi dan dia jatuh. Lps tu org tu trus memohon perlundingan dr nabi. Subhanallah

lain kali sambung lg..

wassalam~~