Tuesday, May 7, 2013

dinner tempat biasa

Assalamualaikum

Malam tadi (7/5/2013) dia ajak aku dinner. aku jumpa dia. yeay!!hehehe..

kami mcm dah ade fav tempat mkn. tny mkn kat mana. tempat biasa..haha.sedangkan baru dua kali mkn kat situ. tapi so far dalam byk2 tempat mkn kat area umah aku tu tmpt tu je yg ok. ade beberapa tempat lain yg kami pernah g tempat dia agak kotor, mayak cik t berkeliaran. yang belari2 kat atas tiang tmpt kami makan pon ade.huhu. makanan dia pon x bape sedap.

mcm biasa la bila jumpa dia byk bende yg disembangkan. aku jd pendengar yang setia je :-p

memula sembang pasal pru yg dah lepas. dia x balik kg mengundi. sungguh x bertanggungjawab. dia yg mengaku sendiri. ade krisis katenye. hari tu dia yang semangat sgt nak balik.

dia cerita pasal imam ghazali. di mana ada sorang anak muda bg surat kat imam ghazali, mengadu yang dia dah baca byk kitab, dah belaja byk tapi hatinya masih terasa kekosongan. pjg katenye nak elaborate. mana x pjg, byk selingan2--siap ade cerita psl kereta lg.. tapi concluisonya, nak isi hati yang kosong tu amalkan ilmu yang dapat. bukan setakat belajar.

amalan yang lebih daripada ilmu itu sesat.
ilmu tanpa amal itu sia2.
amalkan ilmu yg ada secukupnya.

lagi, dia bercerita tentang ilmu mantiq. aku tak search lagi ilmu mantiq tu ape. ada kaitan dengan logik, manipulasi ayat. lebih kurang mcm tu la.

untuk menerangkan dia cerita kisah nabi Muhammad. waktu tu orang kafir mekah kejar orang mukmin. bila dorang dah dekat, orang mukmin ni (ni ada dua pendapat ) menyorok dalam jubah nabi @ berlindung dibelakang nabi. then, sebab orang kafir juga percaya nabi Muhammad adalah seorang yang jujur, orang kafir ni tanya nabi Muhammad, 'wahai Muhammad ada tak kamu nampak si fulan lalu kat sini?' ..kemudian nabi berundur selangkah kebelakang, dan menjawab 'sepanjang aku berdiri DI SINI aku x nampak siapa2 lalu melainkan kamu.' then orang kafir tu pon berlalu, dan selamat lah orang mukmin ni.

adakah nabi berbohong. jawapannya tak..bila nabi berundur kebelakang, nabi berada ditempat yang lain. memang nabi hanya nampak orang kafir tu je bila nabi berdiri ditempat baru. logik kan :-[) . bijak nabi.

lagi, aku tanya pasal akak housmate aku. aku penah cakap dia aku nak g teman akak housmate aku g berubat saka dia. mlm time tu. tapi dia x bape setuju dengan cara akak ni. so aku tanya la apa cara yang betul.

dia cerita la pasal saka tu asal dari mana, knp dia mendampingi orang. dia cakap manusia ni sebenarnya kuat. yg paling utama kne jaga hubungan dengan Allah. dan saka ni akan mendampingi orang2 yang lemah. bila hubungan dengan Allah x kuat senang la saka ni nak menumpang hidup. bila dia dah menempel, manusia pulak cuba buang saka dengan jumpa ustaz2. ustaz ni bagus, blh buang saka. secara x langsung dari situ dah bergantung dengan manusia, dan sebenarnya tanpa sedar dah menyekutukan Allah. Nauzubillahiminzalik.

jadi, ape pon yang penting jaga hubungan dengan Allah. dan bende ni byk main dengan minda. kalau kita sangat taksub dengan saka ni, takut dengan saka, seolah2 saka ni yang mengawal hidup kita, maka memang betul la saka ni akan mengawal hidup kita. think positive. kuatkan iman. kuatkan minda.

Then, aku tanya psl abg aku yg bini dia pon ade saka. yg ni xpe la..aku xnak cite kat sini. biarla aku simpan dalam kepala.

sebenarnya, masa dia call nak ajak aku kuar maghrib tu aku ngah tido.huhu..aku xdenga dia call. nasib baik jgk la aku x angkat. kalu x kantoi. huhu..tapi yang teruknya aku mcm dah terbiasa tido maghrib2. blk keje tido sampai maghrib. nyaris2 nak telepas maghrib mlm td. nasib sempat. aku berazam xnak la lg tido bila blk keje. nnt jd habit lak.

No comments:

Post a Comment