Tuesday, December 23, 2014

Bila kamu tak takut tuhan

Bila kamu tak takut Tuhan
Kamu lupa adanya Tuhan
Kamu lupa suruhan Tuhan
Kamu lupa Maha Besarnya Tuhan
Lantas kamu lihat makhluk2 ciptaan Tuhan itu lebih hebat dari penciptanya
Kamu menyanjungi kehebatan makhluk
Kamu ingin menggembirakan makhluk
Kamu ingin meraih perhatian makhluk

Dan kamu terus lupa Tuhan

Kamu lupa Tuhan pemilik segalanya
kamu lupa Tuhan berkuasa atas segalanya
Kamu lupa Tuhan boleh memberi apa yg kamu kamu perlu
Tuhan pasti beri apa yg kamu perlu
Tapi kamu lupa pada Tuhan

Monday, December 22, 2014

2014 aku dan lelaki

2014

Aku dikecewakan oleh lelaki yang menjanjikan sejuta harapan. Harapan yg membuat aku ingin hidup bersamanya. Harapan untuk  bahagia membina syurga dunia. Tapi dia sepi. Dan dalam diam dia sudah membina syurganya dgn wanita pilihannya. Meninggalkan aku dalam angan yang diciptanya.
Lelaki.

2014

Aku ditipu oleh lelaki yg kononnya mahu hidup bersamaku. Aku tertipu dek topengnya yang di pakai sejak dua tahun lalu. Sungguh. Naifnya aku. Dia Berkopiah. Haji. Sentiasa ada tika aku perlu. Ku sangka dia jujur. Dua tahun dia menipu aku. Dia menipu ibuku. Dua tahun. Dia melindungi statusnya yang sudah beristeri. Sudah punya anak. Sungguh Allah Maha Adil. Dan Maha Penyayang. Untuk pertama kali aku bersyukur atas kecelakaan yang menimpanya. Kata hati panasku elok saja kalau dia terus lumpuh tak berdaya! Terus! Kejam? Dia lebih kejam!
Sungguh. Aku benci.
Lelaki.

Kini. Hatiku. Aku tidak akan sekali kali. Semudah itu. Membenarkan walau apa pun masuk mendiaminya. Tak akan sekali kali.

Terima kasih kerana menjadikan aku sekeras ini.

Lelaki

Sunday, December 14, 2014

Talipon latipon

14/12/2014

Aku tringat masa zaman skolah dlu. Dok asrama. Nak tepon mak ke sapa ke guna pondok talipon kat skolah yg guna syiling tu.

Ada sekali tu aku nak talipon mak kat kg. Nak bagi tau nak blk weekend tu. Berpuluh kali aku tepon x dapat je.

Aku pon call abg aku yg dok kat tg karang. Kot2 dia blk kg mggu tu.

Aku: hello. Nak tny abg m blk kg x minggu ni?

Abg m: x tau lg.

Aku: kte nak blk kg mggu ni. Tp call no kg x dpt2.

Abg m: call la mak.

Aku: da call da.xdpt.

Abg m: la. Call la mak.

Aku: dah callll! X dpt.

Smpi abh duit syiling aku. Gitu je conversation tu.

Aku dok pk ape yg x faham sgt abg aku ni.

Bila aku ingat2 blk. Abg aku tu soh call mak. Bkn call da.

Aku geram betol. Melayan abg aku smpi abh duit. Ape pon xdpt.

Saturday, December 13, 2014

Hp baru

13/12/2014

Ceritanya, ahad minggu lepas 7hb aku blk kg. Kebetolan umah wak aku kenduri.
Makanya, abg aku dgn adik2 amik aku kat pekan then terus g kenduri.

Di tika siang yang sangat panas tu tanpa fikir pjg aku tinggal hp aku dlm kereta. N membawa diri bersama perut ke kenduri.
Da selesai isi perut. Balik.

Dalam kereta tengok hp dah low batt. Aku cas le guna powerbank. Mmg panas hr tu.

Da separuh jalan tengok hp. Eh.awat x naik2 bar battery ni. Rasa hp tu. Panas..demam ke.demam panas? Tpdah separuh jgk bar time tu. Mm. Cabut la jap.
Kot panas sgt.tu x naik2.

Bila sampai rumah. Tgk dah tuka kaler balik bar batt. Merah. Menandakan dah low sangat. Cocok ler kat plug.

X naik?! Cuba charger lain. X naik jgk. Haduii. Sehari tu aku bio je. Malas nak layan. Layan budak2 lagi bagus.

2nd day. Try lg. X blh jgk. Buka baju dia. Pakai kan blk. X jd jgk. Urut2 blkg dia. Ok. Jalan jgk btry tu. Biala. Satu jam lps tu. Tengok2 x gerak dah.
Tu kali trakhir dia mengecas.

Sudahnya bila aku blk kl aku beli je tepon baru.

Aku syg tepon demam tu. #ninetology #insight.
Sebelum aku beli baru tu 2 3 kali dah aku klua masuk lowyat. Xde da kedai nineto. Ate canenye nak repair.
Mane blh tunggu. Mati terus ke deme ni.

Skrg aku guna #lenovo #s850.
Best jgk. Cmra cantik. Ade screen shot. Hehe
Tp aku still rindu dgn nineto

En en nineto tlg la bg petunjuk mana aku blh service phone aku tu.

Friday, December 5, 2014

Apa bahasa kamu?

5 Nov 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Antara isu yang sering menimbulkan kekecohan, dalam rakyat Malaysia adalah isu bahasa; ramai org MALAYSIAN non-Malay terutamanya bangsa yg kebanyakan kamu sedia maklum - memonopoli ekonomi Malaysia, tidak fasih berbahasa Malaysia walaupun dah dok kat Malaysia lebih 50 taun. Bahasa tunggang langgang.
(Padahal aku tulis ni pon rojak je :-P )

Apa cite ni. Mengaku rakyat Malaysia. Tp x pandai cakap bahasa Malaysia.

Ok. Coooll...

Aku ada kenal sorg lelaki berbangsa Bangladesh. Keje 1 tempat. Dah 8 taun dok Malaysia. Bahasa Malaysia fasih. Kalah kawan2 korang yg non-Malay tu.
Satu hari Mat Bangladeshi ni tny, dia pelik kenapa org Melayu (dia keje kenal ramai org Melayu) x pandai ckp bahasa Bangladesh? Katenye 'Nt kamu orang (dia tujukan kpd org Melayu) datang Bangladesh tau la. Susah x blh cakap bahasa sana.'

Kalau kau apa ko akan pk. Apa yg bermain dlm fikiran kau? Apa ko akan jawab.

Mungkin kita sama pendapat.

Dalam hati aku - dah kenapa pulak aku nak belaja bahasa kau semata2 nak g sana. Nak melawat negara kau pon X PERLU la sampai kene belajar bahasa kau bagai. Kau tu TERPAKSA belaja bahasa Malaysia sebab ko nak cari keje kat sini.ko nak hidup kat sini.

Haaa.betol x ni apa yg korang pk. X sama tp lebih kurang kannn.

Ok. Ada nampak x point aku.

Kenapa MALAYSIAN SELAIN MALAY SUSAH NAK FASIH BAHASA MALAYSIA. SEBABBBB...MUNGKIN MEREKA RASA X ADA KEPERLUAN UNTUK MENGUASAI BAHASA MALAYSIA.
X P E N T I N G . . .

tau x Bahasa Melayu pernah menjadi LINGUA FRANCA iaitu BAHASA PENGHUBUNG pd masa dahulu. Tau x maksudnya apa?

Bahasa Melayu digunakan untuk segala hal perhubungan, terutamanya perdagangan.
Sebab tu dulu kebanyakan orang berdagang datang ke Tanah Melayu perlu pandai berbahasa Melayu. untuk memudahkan urusan. Dulu Tanah Melayu sangat maju dalam import eksport. Sumber rempah ratus. Galian. Orang luar banyak datang ke sini untuk cari bekalan. Kita pegang ekonomi.

Sekarang siapa yang pegang Ekonomi?

Walaupun Bahasa Malaysia ni adalah bahasa ibunda, kita x boleh paksa orang untuk menguasai Bahasa tersebut. Bukan x boleh cakap bahasa Malaysia boleh hilang warganegara. Pada mereka yang berkenaan, tak ada keperluan untuk mereka bersungguh-sungguh menguasai bahasa Malaysia.

Orang lain kita x boleh ubah.

Tapi perubahan yang kita buat InsyaAllah boleh mempengaruhi orang lain.

Macam mana?

Kita tolong la support barangan Bumiputera. Barang orang Islam.
Kita tolong tingkatkan ekonomi kita.
Kita jujurlah dalam berjual beli.
Jauhkan hasad dengki.
Jangan asyik tengok kekurangan kesalahan orang lain.
Majukan diri sendiri. Untuk bangsa agama Negara.



Wallahualam~~

Tuesday, September 9, 2014

ilmu adalah rezeki



9 SEPTEMBER 2014

Teringat petikan dari buku #MUDAHNYAMENJEMPUTREZEKI oleh #FATHURISALEHUDDIN... milik kita belum tentu rezki kita. apabila kita beroleh manfaat daripada perkara tersebut maka itulah rezki kita.

Macam tu juga ilmu yg kita dapat. kita belajar. kita dapat ilmu tu. tp kalau kita x dapat apa2 manfaat dari ilmu tersebut maka itu bukan rezki kita.

Ada cerita kenapa aku nak share pasal ni. keinginan timbul lepas kejadian beberapa hari lepas dimana aku berjaya memasang mentol sendiri!!!! yeaaaa!!!

Ceritanya, (panjang aku nak cerita, walaupun main point sikit je. sila rajin membaca) aku tinggal kat apartment share satu rumah 5 orang. Rumah aku ni sokmo ada masalah. Dari awal taun dulu air leaking dari rumah atas, sampai masuk wayar umah aku duduk ni. lampu bilik tidur, bilik air, n dapur short. x hidup. dah settlekan dengan tuan rumah. dorang cut wayar terlibat. pasang lampu lain kat bilik air n bilik tidur.

Lampu bilik air x sampi sebulan hidup, terbakar pullaakkk.  Aku ada housmate belajar electrical engineering. Kat rumah aku ada mentol elok x guna yg di cuttoff dari wayar yang short sebelum ni. Aku mintak tolong dia untuk pasang. x berani katanya takut meletup. Dan dia belajar teori je, xde praktical. mmm. ok.

Aku pon bukan nak memandai. Aku tanya orang yang tau pasal electrik dan aku ingat masa skolah dulu pon ada belajar pasang mentol. rasa xda masalh untuk sambung kan mentol tu.

Atas keyakinan yang Allah bagi aku cuba pasang dan Alhamdulillah lampu tu dan aku hidup sampai sekarang.

Aku cuma ada belajar pasang mentol masa sekolah rendah dulu. Dan Allah bagi aku ilham, keberanian dan keyakinan untuk pasang mentol tu. sendiri. Sekarang bilik air dah ada lampu. Duit x klua untuk upah orang pasang. Rezki ilmu tu ada kalau kita tau nak memanfaatkannya di tempat yang betul.

Nampak tak main point apa yang aku cuba nak sampaikan.

Kalau belajar tinggi2 pon x manfaatkan ilmu tu, rugi jeeee.

wassalam~~~
Mentol sedia disambung ke wayar plug.

Monday, June 9, 2014

Berhenti membanding.Belajar bersyukur


Tanpa kita sedar ada kalanya kita suka membanding beza.

Dia cantik, aku ni x cantik.
Dia pandai, aku ni bodoh.
Dia dapat banyak kenapa aku punya sikit.
Dan macam2 lg.

Jika dengan melakukan yang demikian boleh meningkatkan prestasi menjadi seorang yang lebih baik dan memberi manfaat kepada diri dan orang lain maka silakan. Berfikir secara sihat.

Tapi kalau dengan buat macam tu, dalam hati ada dengki, riak, sombong. Melakukan sesuatu perkara untuk dinilai manusia dan mengharapkan pujian2.maka berhentilah. Perbuatan macam tu takkan pernah mendapat kepuasan.

Dan ingatlah. Mahluk Allah pertama yang membanding beza adalah Iblis ketika dia taknak tunduk kepada Nabi Adam.
Adakah kita nak mencontohi iblis?

Belajar bersyukur. Fikirkan setiap kuman nikmat yang Allah bagi. Mudah2an kita termasuk dalam golongan yang sedikit (golongan orang2 yang bersyukur).


وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.
(QS: Al-A'raf Ayat: 10)


Hamster

08 Jun 2014

Ceritanya semlm blk koje trduduk menghadap hamster2 housemate. Seekor ibu dah melahirkan seekor lg keturunan hamster.

Tengok2.angkat2 sangkar. X penah pegang pon selama ni.

Bila nak susun blk sangkar2 itu tetibe digigitnya cari kelingking comel ku. Berdarah!! Banyak lak tu.

Cetttt!!

Xnak pegang dah lepas ni.

Sunday, June 8, 2014

Setelah Melihat Rabiah

This post was savely kept in the Draft since the date stated. baru nak publish.

21 Ogos 2013

Aku baru habis baca cerita Rabiatul Adawiah. Karangan Zahiruddin Zabidi. 268ms.

Ringkas ceritanya. Mengenai Rabia, seorang perempuan wali Allah, yang hidupnya hanya untuk mencintai Allah. Menceritakan bagaimana ikhlasnya Rabia dalam ibadahnya. Dah seluruh amal hidupnya hanya untuk Allah.

Sebenarnya lepas baca buku ni lagi banyak persoalan timbul.

Macam mana Rabia boleh hidup macam tu, serba daif.

Diceritakan dalam buku ni, dia hanya punya beberapa baju lusuh, tikar untuk tidur dan takar untuk minum dan berwudhuk. Walaupun ramai hartawan dermawan mahu memberi sedekah bantuan dan mahu mengadakan segala keperluannya, Rabia xnak terima.

Macam mana Rabia boleh merasakan tidak perlunya akan hal2 keduniaan. Macam mana Rabia boleh tidak punya keinginan untuk berkahwin dan hanya mengharapkan cinta Allah. Hingga dikatakan setiap malam dia adalah pengantin Sang Pencipta.

Boleh ke kita yang tiada nilai ni dapat merasai apa yang Rabia rasa.

Sungguh hidayah itu milik Allah.

Mudah2an kita tergolong diantara yang diberi petunjuk.
Antara pengajaran yang diperoleh:

#beribadahlah kepada Allah tanpa mengharapkan syurga dan bukan kerana takut kepada nerakanya.

#ikhlas itu ialah apabila dirinya ditimpa musibah dia tidak merasai kesusahan itu dan tidak marasakan ia sebagai bebanan, bahka merasai ujian itu bagai nikmat yang sangat mendamaikan. seperti wanita2 yg terhiris jari-jemari pada saat terpandang Nabi Yusuf.

(p/s kalau ingat lg nt kte tambah)

I'm back!!

Bismillah..

Lama gila x melawat blog. tebal seinci habuk..uhuk uhuk!!

last post taun lepas.ogos..
try ingat balik apa kejadah aku buat dulu.

Ogos 2013
-aku dah keje kat GNC 2 bulan lebih.masih kat The Weld.
-oh.raya taun lepas bln ogos kan. abg aku kawin seminggu lepas raya.

Sept 2013
-majlis bertandang kawin abg aku.

Okt 2013
-raya haji. kali ke-2 berturut2 aku x balik kg. huhu
-akak ipar baru bawak makanan.mkn kat tmpt keje.huhu T_T
-tukar outlet. Dr The Weld  Avenue k.

Nov 2013
-pindah umah dr setiawangsa ke berembang. selangkah je.

(mula rapat dengan cikgu A. infact rumah tu actly rumah sewa dia.dia sewakan bilik2, aku ddk 1 blk free.upah jg umah kononnya)

(aku dengan dia -Mr F- makin renggang.lepas 1 hari tu yg aku x ingat bila, dia nak kenalkan aku dengan kawan lain, dan aku sangat x suka apa yg dia cuba buat tu..dan aku buat kesimpulan dia x suka aku.)


Dec 2013
-on my birthday cikgu A mengupah housmate utk selebrate birthday aku.huhu
(cikgu A anta aku balik kg. jumpa mak)
-blk kg belikan moto mak.
-aku makan2 dengan abg n bini dia, n adik aku.celebrate birthday berganda la kononnya.akak ipar, abg n aku lahir bln 12, adik lahir bulan 1. makan2 kat Manhattan Fish, Wangsa Walk. n main bowling.


Jan 2014
-rasa xde apa yg special

Feb 2014
-blk kg
-g sarawak. terbang utk kali pertama.huhu
(aku g sarawak dengan cikgu A.huhu.tp aku g sana sorg.smpi sana jalan2 dengan dia)

Mac 2014
-xde apa yg special

April 2014
-sesuatu yg sangat mengejutkan,which i just found out cikgu A is already married. n apa2 yg dia bg tau aku selama ni adalah satu penipuan.
-cikgu A accident. n bcoz of the accdent aku tau siapa dia sebenarnya. Alhamdulillah.

Mei 2014
-dapat wedding invitation dr Mr F. tahniah utk dia. (aku sgt sedih sebenarnya T_T. smoga dia bahagia)
-aku g Penang.bercuti dengan housemate n kawan U..bessstttt!!! hilangkan semua kesedihan..

Yessssss!!!inilah antara apa yg aku dah lalui. byk.but no need to list everything here, right :)

Wallahualam~