Monday, December 22, 2014

2014 aku dan lelaki

2014

Aku dikecewakan oleh lelaki yang menjanjikan sejuta harapan. Harapan yg membuat aku ingin hidup bersamanya. Harapan untuk  bahagia membina syurga dunia. Tapi dia sepi. Dan dalam diam dia sudah membina syurganya dgn wanita pilihannya. Meninggalkan aku dalam angan yang diciptanya.
Lelaki.

2014

Aku ditipu oleh lelaki yg kononnya mahu hidup bersamaku. Aku tertipu dek topengnya yang di pakai sejak dua tahun lalu. Sungguh. Naifnya aku. Dia Berkopiah. Haji. Sentiasa ada tika aku perlu. Ku sangka dia jujur. Dua tahun dia menipu aku. Dia menipu ibuku. Dua tahun. Dia melindungi statusnya yang sudah beristeri. Sudah punya anak. Sungguh Allah Maha Adil. Dan Maha Penyayang. Untuk pertama kali aku bersyukur atas kecelakaan yang menimpanya. Kata hati panasku elok saja kalau dia terus lumpuh tak berdaya! Terus! Kejam? Dia lebih kejam!
Sungguh. Aku benci.
Lelaki.

Kini. Hatiku. Aku tidak akan sekali kali. Semudah itu. Membenarkan walau apa pun masuk mendiaminya. Tak akan sekali kali.

Terima kasih kerana menjadikan aku sekeras ini.

Lelaki

No comments:

Post a Comment