Thursday, April 25, 2013

makcik tepi jejantas lrt


Assalamualaikum..

Aku bila nak g keje atau nak g memana aku akan naik lrt. stesen lrt dekat sgt dengan umah aku. lagipun tu je kenderaan yg aku ade. kongsi dengan orang ramai.

kat tepi stesen lrt tu ade jejantas yang memudahkan orang di seberang jalan g ke stesen. tapi aku tgk orang lagi suka menggadaikan nyawa melintasa kat jalan berbanding naik tangga jejantas tu.

Aku nak g stesen lrt tu x naik jejantas. aku akan jalan kat laluan pejalan kaki tepi jejantas tu.

kat laluan tepi jejantas tu duduknya seorang makcik minta sedekah. hari2 aku akan lalu kat tepi dia.

aku x berapa gemar dengan dia. bukan sebab dia peminta sedekah. tapi ade certain2 perkara yang aku x suka dengan cara dia.

dia pakai baju kurung, bertudung dan duduk menunduk, pegang cawan kaler biru. x pernah nampak muka dia. kadang-kadang aku nampak dia selak tudung belakang dia. panas kot.

aku pernah nampak dia pamerkan kertas a4 laminated, antaranya yg sy terbaca 'WANITA SOLEHAH'..yang lain aku x sempat baca. kadang2 dia pegang tasbih. kadang2 dia letak ubat2. banyak.

yang aku x suka adalah dia seolah2 menggunakan identiti ISLAM untuk minta sedekah.

aku curious sebenarnya- betul islam ke dia. dari sisi aku nampak dia berkulit gelap. jd aku rasa dia bukan melayu atau cina. mungkin indian. indian muslim ke? aku xnak buat andaian2 ni..tapi asyik terfikir je. sebenarnya aku x rasa pon dia islam. dia seolah2 hanya menggunakan identiti islam.tapi tu mungkin adaian aku je.

aku teringin sangat nak duduk tepi dia, tanya dia tinggal kat mana, dengan sapa, tanggungan berapa, agama dia..mm..tapi x berani nak g sorang2.

aku ada misi sebenarnya. aku ada hadiah nak bg makcik ni. mudah2an apa yg aku buat ni akan memberikan manfaat kepada dia dan aku. mudah2an. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..InsyaAllah.

Wassalam~~

No comments:

Post a Comment